Tuesday, April 26, 2011

Harta Karun Dalam Kubur

Baca tak paper hari ni? Ada cerita pasal sekumpulan lelaki yang gali kubur sebab nak ambil harta karun.
Nekad betul budak-budak ni. Tak tau la budak ka orang tua kan. Tapi macam tak matured ja tuh ('.')"      




Sekumpulan tiga lelaki dipercayai terpengaruh dengan kegiatan mencari harta karun sanggup menceroboh dan menggali kubur lama di Kampung Dusun, di sini yang dikatakan tertanam harta dan barangan kemas bernilai lebih RM7 juta.
Kumpulan lelaki yang dipercayai dibantu seorang lelaki kampung itu dikatakan bertindak menceroboh kubur lama berkenaan selepas permintaan mereka dengan imam masjid kampung untuk menggalinya tidak dibenarkan.
Mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk memikat imam masjid yang juga penjaga kubur, termasuk berjanji memberikan separuh daripada nilaian harta, tetapi tawaran itu juga tidak diendahkan imam berkenaan.

“Tiga bulan lalu mereka datang berjumpa dan menawarkan RM3.5 juta kepada saya untuk membenarkan beberapa kubur lama yang dikatakan mengandungi harta karun, tetapi saya tidak membenarkannya dan mereka beredar,” kata Abdullah Othman, 73, yang menjadi iman sejak lebih 40 tahun lalu.

Ketika ditemui di kawasan perkuburan itu kelmarin, Abdullah berkata, seorang lelaki dari Kelantan memberitahu di kawasan perkuburan itu tertanam barangan bernilai lebih RM7 juta berdasarkan petunjuk disampaikan seorang dukun dari Indonesia.

Ketika pertemuan itu, kumpulan berkenaan mengajak Abdullah berjalan di sekitar kawasan kubur yang terletak bersebelahan masjid itu yang berusia lebih 100 tahun dan menunjukkan tempat dipercayai tertanam harta karun.
Abdullah berkata, apabila beliau menolak tawaran itu, mereka minta kebenaran untuk mengambil sedikit tanah di kawasan itu untuk dibawa pulang bagi membolehkan seorang dukun dari Indonesia menarik harta karun.

Bagaimanapun, permintaan itu juga tidak dibenarkan Abdullah,
menyebabkan kumpulan itu kecewa dan beredar dari kawasan itu dengan sebuah kenderaan.

“Bagaimanapun, pagi kelmarin pemilik kebun duku bersebelahan kubur lama itu memberitahu melihat beberapa lubang sedalam kira-kira satu meter digali pihak tidak bertanggungjawab di tiga kubur lama di situ.

“Sebelum kejadian ini, saya tidak menceritakan kepada sesiapa mengenai kedatangan mereka kerana bimbang ia boleh menghangatkan lagi cerita harta karun itu hingga menyebabkan ada pihak menceroboh kawasan kubur,” katanya.



Tapai: hurmm..agak-agak depa dapat ka 7 juta tu?

No comments:

Post a Comment