Friday, April 6, 2012

Nak Masak Nasi Pun Tak Senang

Panjang hujung minggu kali ni. Hari ni cuti good Friday. Isnin ni pulak Easter. Jadi, empat hari terus cuti *sigh. Flatmates semua pi bercuti..seminggu..next weekend baru depa pakat balik. Depa dah habis kelas. Nak tunggu final exam ja. Lepas tu dah summer break la pulak.

Minggu ni masuk minggu ketiga saya berhujung minggu kat sini. Tak banyak benda boleh buat dalam kampus ni. Tapi, saya selalu bangun pagi-pagi, pakai jaket, masukkan coklat dalam poket dan pi berjalan-jalan melawat kawasan. Stop tempat-tempat cantik dan ada kerusi, rehat sambil makan coklat. Bajet perantau.


Selalunya takkan duduk lama-lama. Sebab sejuk! Pernah berjalan pukul 9pagi..memang beku lah tangan. Konon-konon nak sambil-sambil ambik gambar..huh, memang tak lah. Tangan simpan dalam poket ja lah..Kebas sebab sejuk sangat!


Tadi dah beli new chocolate bar. Yang besar tu 1pound, bersamaan RM5. Kalau kat Malaysia berapa ye? Saya jarang beli..selalunya ada orang sponsor cokelat ;-)



Supervisor saya pesan, pastikan bekalan makanan mencukupi untuk cuti ni..sebab kedai dalam ni tutup. Oh, sungguh prihatin :)



Tadi kena tegur dengan staff kat sini, dia cakap kalau nak masak nasi pakai rice cooker tu, sila duduk di tepi periuk sampai masak untuk pastikan tak over boil dan menyebabkan alarm berbunyi dan bomba datang berlumba-lumba -_-".
Tapi lepas tu dia tukar arahan kepada, eh takpalah kalau awak taknak duduk sini pun cuma pastikan awak selalu datang jenguk2 keadaan rice cooker oookey ookey (dia suka sebut oookey)


Ookey Madam!

2 comments:

  1. hi hani...wah dah sampai oversea nmpk...kak jura baru perasan blog awak...so cute and byk idea...suka akak baca. then tgn terus ja tekan nk jd follower..be good ok kat sana..jgn noty.
    gud luck tau..take care.

    ReplyDelete
  2. hai kak jura :) blog kak jura pun cantik. saya suka header tu!

    ReplyDelete