Monday, July 10, 2017

Costa di Shell Seksyen 9 Bangi

Masa di Edinburgh dulu, saya menyewa bilik di Longstone. Rumah teres 3 tingkat, ada 4 bilik. Depan rumah kami ada bengkel kereta, kedai runcit dan kedai Fish & chips. Kalau bulan puasa keroncong perut bila bau fish & chip.


Pemandangan dari tingkap bilik. Boleh nampak bengkel kereta & yang hujung berlampu tu kedai runcit. 


Tak jauh dari rumah jugak ada Scotmid. Macam 7E konsepnya. Conveniant store tapi tak buka 24 jam. Buka awal, tutup lambat. Majoriti kedai di Edinburgh tutup dalam pukul 5pm. Scotmid lewat sikit, pukul 9 macam tu (tak ingat dah). Di Scotmid ada mesin Costa. Tapi, tak pernah beli pun. Pandang sebelah mata.

Di library Heriot-Watt pun jual Costa. Tak pernah beli jugak, sebab tak pi library pun. LOL. Kalau jalan-jalan di city, lalu depan Costa jarang sangat singgah. Sebab apa? Sebab ALA, BANYAK LAGI MASA. Rasa Costa senang didapati, banyak lagi peluang nak minum, baik cuba benda lain

Nah…sekarang dah kat Malaysia baru teringat-ingat Costa tu. Biasa lah, benda takda tu yang dikenang-kenang. Bila kawan bagitau di Shell Seksyen 9 Bangi dah ada mesin Costa tu, terus ajak suami cari. Mahal, secawan latte RM10. 



Itulah, we always take things for granted. This is just one example. Sigh. 

Wednesday, July 5, 2017

MyKid Hilang! Cara buat mykid baru

Kisahnya kami hilang MyKid Sufia petang Rabu (someone took it!). Jumaat pagi patut fly balik KL dah. Panic mode activated! Surat beranak pun tak bawak balik kampung. Memang panik takut tak dapat naik flight. Terus tanya sana-sini macam mana nak buat MyKid baru. Untuk makluman, pejabat kerajaan di Kedah tutup awal hari Khamis. Double the panic. Dan solusinya begini:


1) Permohonan MyKid baru di wisma persektuan negeri akan siap dalam masa 1 jam. Permohonan yang dibuat di cawangan biasa atau UTC, akan siap dalam 1-2 bulan. 

2) Tiada caj dikenakan untuk permohonan kad gantian kali pertama. 

3) Jika ibu yang hadir ke JPN, hanya perlu bawa IC asal ibu. (Kalau kes orang lain yang nak mohonkan, saya tak pasti prosedurnya)


Harap maklumat ni dapat bantu ibu-ibu panik yang lain.